SEKOLAH PERTAMA KU MENGAJAR SEBAGAI CIKGU AZWAN WALAU HANYA PRAKTIKUM








ASSALAMUALAIKAUM...selamat sejahtera cikgu ucapkan pada semua pelajar-pelajar cikgu,maaf lambt update blog,pada kali ini cikgu ingin berkongsi dengan semua pembaca semua menganai sekolah pertama cikgu berpraktikum,

untuk pengetahuan semua, sejak kecil lagi cikgu ingin menjadi seorang cikgu,kenapa??...sebab banyak pengorbanan yang cikgu lakukan tanpa kita sedari,hakikatnya semua pengorbanan cikgu untuk pelajarnya, hanyalah satu sahaja tujuannya iaitu ingin melihat pelajarnya berjaya.

menitis air mata seorang guru bila melihat kejayaan pelajarnya tanpa mengira siapa pelajar itu. setelah cikgu di tawarkan memasuki UPSI cikgu sangat gembira dan sangat2 bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah menyempurnakan sebahagian daripada cita2 cikgu.

setelah memasuki UPSI perkara yg pling cikgu impikan antaranya adalah PRAKTIKUM...x sabr rasanya nak praktikum, masa ingin  mengisi tempat praktikum, hanya tiga daerah sahaja dibuka iaitu Portdickson,Seremban dan Kuantam. dengan hati terbuka cikgu memilih Kuantan kerana dekat dengan Kelantan.

dalam sedang memilih, cikgu memilih SMK SG.ISAP. unikkan namanya,tpi itu lah sekolah pertama cikgu mencurah bakti sebagai seorang guru,walaupun hanya praktikum.

semasa di sekolah itu,banyak cikgu belajar erti pengorbanan seorang guru yang sebenar. penat lelah seorang guru hanyalah untuk pelajarnya. di sekolah itu juga cikgu mengenali pelbagai perangai dan tingkah laku pelajar yang kadang2 mencabar kesabaran cikgu,tapi itu semua mematangkan lg cikgu di dalam dunia pendidikan.

cikgu mengajar untuk belajar bagai mana ingin menjadi seorang guru yang terbaik dan cemerlang.dan bagaimana ingin melahirkan pelajar yang serba boleh serta berjaya dalam kehidupan.

sekali lagi cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar2,guru2,kakitangan sekolah dan semua warga sekolah SMK SG.ISAP Kuantan,Pahang kerana sudi memberi kerjasama serta menjadi pembimbing dan tunjuk ajar kpda kami yg baru mengenali dunia pendidikan.

sebelum cikgu melabuhkan tirai untuk entry kali ini,cikgu sertakan gambar2 permandangan sekolah pertama cikgu mengajar walaupun hanya praktikum.selamat menonton...heheheee..
































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kenangan bersama warga emas Ulu Kinta,Perak.

karya ku "beez on sad"